Sekolah


Smk Munshi Abdullah,


Batu Berendam
 75350 Melaka


(06-317 5320)


laman web sekolah : http://www.munshi.edu.my/





Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 




Lagu Rasmi



USAHA TETAP JAYA
Usaha tetap jaya
Cogan perjuangan hidup
Mengamalkan rukun negara
Junjung tinggi untuk nusa dan bangsa
Pelihara nama baik
Ibubapa dan negara
Semat di sanubari
Suruhan dan larangan agama
Menghadapi cabaran zaman
Dengan cogan kata
Usaha tetap jaya
Wahai pemudi pemuda
Belia harapan bangsa
Pergandakanlah usahamu
Untuk menuju kejayaan Negara
Belajarlah dengan giat
Jangan lupa beribadat
Amalkan segera
Disiplin semangat belia
Mencapai semua cita-cita
Berbakti kepada bangsa
Dengan cogan kata
Usaha tetap jaya.



Falsafah

Adalah menjadi kepercayaan kami bahawa pelajar-pelajar SMKMA mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian peluang yang seluas-luasnya akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan aspek-aspek tersebut. Sesungguhnya, guru SMKMA mempunyai keupayaan dan kemahiran ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berakhlak mulia.
Misi
Memberikan pendidikan yang terbaik dan menyeluruh melalui pendekatan bersepadu yang dapat mengembangkan potensi individu dan melahirkan modal insan berkualiti berasaskan aspek:i. Pencapaian Akademikii. Pembangunan Sahsiah dan Kendiriiii. Pembentukan Jasmani dan Kepimpinaniv. Mengeratkan Hubungan Komuniti

Visi
 MUNSHI CEMERLANG

Matlamat

  • Menyampaikan pelajaran yang bermutu dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang disediakan untuk membolehkan kefahaman yang menyeluruh dan sempurna.
  • Memberi pengalaman dan pembelajaran yang mendalam kepada pelajar-pelajar dalam bidang mata pelajaran yang disediakan supaya mereka boleh menggunakannya dalam kehidupan mereka.
  • Menanam nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, kekitaan, semangat daya saing yang sihat, sifat-sifat keyakinan diri sendiri menerusi kegiatan persatuan, kelab dan permainan.






Usaha Tetap Jaya